An extreme year...
Tuesday, June 3, 2014 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, Selamat sejahtera. Apa khabar semua? Sihat? Harini tak berapa nak sihat sangat sebab baru demam. Haha. Dah lama tak menaip. Rindu nak menaip. Okay... So, dah start cuti. How's your holiday? Tahun ni aku tak holiday kot. Tahun EXAM katanyaaa. So, duduk jelah kat rumah 2 minggu ni. Harhar. Btw, ada bnyak hw. And, tak boleh nak lari dari benda tu kan. Haishh. Takpe, berapa bulan je lagi. Malaysia boleh! :)Okay, mcm dah start merepek. Back to the topic. Extreme year. What's that? Memandangkan tahun ni tahun last, tahun exam, tahun SPM, tahun terakhir untuk aku pakai baju sekolah, so, it would be a totally amazing year. Hahaha. Aku pun tak tahu ape aku cakap... Jadi, aku nak story sikit apa yang berlaku tahun ni. Awal tahun... aku tak berapa nak aktif sangat. Disebabkan tak bnyak sangat programnya. So, aku hanya bergaul dalam kelompok 5 Sains sahaja. Tu pun beberapa orang je. And then, a few months after that, aku mula aktif kadet. First thing yg aku join daerah, ialah menembak. Aku ingat lagi, masa menembak tu aku gaduh dengan polis tu disebabkan aku lambat mengira. Mengada betul. Haha. Dan, aku ingat lagi markah menembak Syazwan, 3 je. Hahah. Masa tu aku kutuk dia habis habisan. Lepastuuuu, aku join kem daerah. Dalam kem daerah tu, aku ade terpilih untuk Rentas Halangan. Tetapi disebabkan fizikal aku yg tak berapa nak cekal... So, aku tak terpilih untuk final nye. Dan, AKU TAK NAK PUN. Haha. Penat kot. Ya Allah... Then,masa kem tu jugak ade Pertandingan Kawad Kaki antara platun. Dan kitorang dapat JOHAN. Walaupun Nurina bagi arahan salah. Haha. Bukan nak gelakkan, tapi kalau ingat balik, sumpah lawak. Rasa mcm nak tergelak pun ade masa dalam baris tu. :3 Habis Kem Daerah, join Kawad Intensif Daerah. Masa ni aku baru nak berjinak jinak untuk kenal budak budak daerah dan juga budak sekolah aku. Ye, budak sekolah aku. Sebab... mana mana aku pergi, aku akan berkepit dengan Nurina sahaja. Start masuk kawad intensif, aku cuba untuk bergaul dgn budak sekolah aku sendiri. Tak senonoh kan? Haha. And then, baru aku sedar, rupanya aku bukannya hebat sangat. Haha. So, masa kawad intensif tu.. macam macam hal berlaku. Soal perasaan, soal fizikal, soal mental... Banyak peristiwa baru menimpa kat aku masa ni. Dan, aku berjaya tempuhi sedikit demi sedikit. Aku dapat pangkat SARJAN DAERAH. Haha, bangga gila katekooo. Sebab korang ingat senang ke nak terpilih apa apa kalau Cik Mad yg pilih. Huhhh. Sabooo jelah dengan dia. And, aku juga terpilih untuk Wakil Negeri dalam Kawad Kaki Kor Kadet Peringkat Negeri. Yang pasal kor tu takyah cerita lah. Bukan menang pun. Haha. Tapi, bnyak pengalaman yg aku dapat sepanjang aku join kadet ni. Pelbagai. Lepas settle pasal kadet daerah. Pergi ke sekolah pulak. Okay, masa kawad kaki sekolah ni, mcm mcm konflik jadi. Hanya Allah je tahu betapa runsingnya aku waktu tu. Sedih ada, gembira ada. But, apa yang penting, keputusannya. Kitorang kalah dengan KRS. Idk why. Bukan rezeki kitorang agaknya. Tapi, kitorang think positive. Mungkin ada hikmah. Dapat nombor 2 pun dikira ALHAMDULILLAH. Kann... Untuk yang terakhir aku join kadet, aku masuk Kawad Kaki Peringkat Daerah. Ada tiga kategori. KRS, Badan GO, dan Badan NGO. Untuk polis, kitorang dalam kategori, Badan GO. Sekolah aku hantar dua platun. Polis dan KRS. Sepanjang latihan kitorang, tak sah kalau tak ade yang bertegang urat. Dan, aku sebagai KETUA PLATUN, aku pun hanya mampu lihat... Haha, tak guna kan aku? Anak buah sendiri pun tak reti jaga. Tapi, walaupun sampai mcm tu sekali, masa hari pertandingan. Kitorang terus jadi mcm family. Support each other. Macam... sweetnya Ya Allah. Kalau diingat balik, rasa nak nangis. Semangat setia kawan tu penting sangat. dan itulah kali terakhir aku join kadet. Lepasni, aku nak fokus study, walaupun kadang kadang aku rasa nak kawad sorang sornag kat 7.20 square tu. Harhar. Mcm banyak cerita pasal kadet kan? Haha. Yelah, muka aku kena target selalu keluar kelas dgn Puan Fatimah. Haha, asyik kawadddd aje. Sampai mak aku cakap, kau jadi polis jelah. Hehehe.
Ada dua tiga gambar kenangan yg aku nak share...
*Latihan pusat Kor Kadet Negeri*
*Yang atas, kawad kaki peringkat Sekolah*
*latihan Kawad Kaki Sekolah*
*Kawad Kaki Peringkat Daerah*
*Menembakkk*
*Kem Daerah*
*Latihan pusat Kor Kadet Negeri*
*@ Shah Alam. Sehari sebelum Kawad Negeri*
*Ketua Platun Kawad Kaki Daerah*
Tu jelah kot story aku. Sampai masa jumpa lagi ye. Adiosss. Assalamualaikum. :))
|
Intro ;)
My Things :D Let's Talk!
Le Credits! |